‘Rider’ Tak Puas Hati Peniaga Minta Alih Motosikal Di Kaki Lima, Doa Perniagaan Lingkup

Baru-baru ini tular rakaman video di Facebook yang menyaksikan seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ZX14R telah mendoakan seorang peniaga agar perniagaannya lingkup gara-gara diminta mengalihkan motosikal yang diletakkan di kaki lima. 

Akaun Facebook dengan nama Zahedy Zakariah telah memuat naik beberapa video yang memaparkan beberapa motosikal berkuasa tinggi telah diletakkan di ruangan kaki lima kedainya.

Difahamkan, dia telah meminta agar motosikal tersebut dialihkan namun mendapat reaksi tidak puas hati daripada salah seorang daripada pemilik motosikal berkenaan. 

Selain tidak rasa bersalah, lelaki dalam video tersebut dikatakan mengugut untuk menumbuknya di samping melakukan provokasi. 

Perkongsian Zahedy di Facebook juga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan pemilik motosikal terbabit. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply