GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan model helmet ‘full-face’ terbaru menerusi GIVI 50.9 Atomic yang dijual pada harga RM735.
Helmet serba baharu itu menampilkan reka bentuk moden dan sporty sesuai bagi sesuai jenis motosikal.
Menurut GIVI Malaysia, helmet tersebut didatangkan dengan empat pilhan grafik termasuk; White Blue Red, Black Silver Red, Black Silver dan Titanium Sliver Blue.
Kami juga telah ke Vietnam baru-baru ini bagi menyaksikan barisan model ini dengan lebih dekat dan ternyata model tersebut menawarkan rekaan yang serba baharu di samping dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini.
Untuk rekod, helmet 50.9 Atomic ini menampilkan penggunaan kerangka tiga lapisan yang kuat dan tahan lasak. Terdapat tiga corong udara yang memastikan aliran udara yang optimum di samping ‘padding’ dalam yang boleh ditanggal dan dibasuh.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk fungsi ‘sun visor’, ‘breathguard’ boleh tanggal dan juga Pinlock Max Vision tersedia.
Helmet tersebut juga datang dengan berat sekitar 1,490gram.
Menariknya, helmet ‘full-face’ ini mencapai standard ECE22.06 terbaru sekaligus menjaminkan keselamatan terbaik bagi si pemakai.
Menurut GIVI Malaysia, helmet serba baharu ini akan tiba di seluruh pengedar rasmi sekitar hujung bulan Jun ini.