Cabaran Pandu Lamborghini Urus 50 Jam: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Dirempuh YouTuber

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun maut dalam satu kemalangan di Rom, Itali selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu sekumpuan YouTuber. 

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada Rabu yang menyaksikan kereta jenis Lamborghini Urus telah melanggar sebuah kereta jenis Smart yang dipandu ibu bersama dua anaknya yang berusia lima dan empat tahun. 

Sewaktu kejadian, kereta Lamborghini berwarna biru itu dipandu Matteo Di Pietro, 20 bersama empat YouTuber lain.

Mangsa yang dirempuh telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Difahamkan, mangsa baru saja pulang dari tadika sebelum kejadian berlaku. 

Kumpulan YouTuber tersebut dikenali sebagai ’The BorderLine’ dan sedang melakukan rakaman video sewaktu kejadian dengan mengambil bahagian dalam cabaran viral dengan memandu Lamborghini tersebut selama 50 jam. – Daily Mail

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]