Lebuhraya Karak Akan Dilebarkan, Tambah Terowong Baru, Kos RM1.7 Bilion

Peruntukan RM1.7bilion telah diluluskan bagi melebarkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya terutamanya ketika musim perayaan. 

Perkara itu disampaikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang turut memaklumkan projek pelebaran itu akan melibatkan pembinaan sebuah lagi terowong. 

“Kita baru lulus RM1.7 bilion nak melebarkan semula highway (lebuhraya) Karak daripada lorong yang ada,” jelasnya. 

Memetik laporan Astro Awani, projek berkenaan akan bermula pada Julai ini dan akan memakan masa tiga tahun. – Astro Awani

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]