Retro Havoc 2023 Berlangsung Meriah Tapi Dicemari BBNU?

Baru-baru ini telah berlangsungnya Retro Havoc 2023 yang menyaksikan puluhan ribu pengunjung membanjiri kawasan parkir The Curve, Mutiara Damansara. 

Menurut pihak penganjur, edisi 2023 berlangsung meriah dengan lebih 70,000 kehadiran pengunjung direkodkan. 

Acara pada Sabtu itu menyaksikan 1,000 kereta klasik dan 50 motosikal dipamerkan di samping seleksi ‘Automotive Lifestyle’ dari Malaysia, Thailand dan Singapura. 

Bagaimanapun, disebalik kemeriahan edisi ke-8 kali ini, Retro Havoc 2023 turut dicemari dengan beberapa insiden yang tidak sedap didengar. 

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa pemilik kereta pameran mendedahkan terdapat pengunjung yang hadir menyentuh dan memegang kereta pameran meskipun sudah diberi amaran bahawa tindakan tersebut tidak dibenarkan. 

Berdasarkan video tular di TikTok ada juga pengunjung yang dengan selamba duduk atas kereta pameran. 

Terdapat juga insiden di mana sebahagian dari komponen kereta tercabut/patah disebabkan pengunjung yang berlari bagi merakam aksi ‘pop & bang’ yang dilakukan segenlitir pemilik kereta. 

Apa pun insiden sedemikian tidak harusnya berlaku apatah lagi setiap pemilik telah pun bertungkus lumus untuk pastikan kereta berada dalam keadaan terbaik. Pihak Retro Havoc sendiri juga telah mengingatkan orang ramai untuk tidak menyentuh kereta dipamerkan di media sosial rasmi mereka beberapa hari sebelum acara berlangsung. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]