TERKINI: Ciri Keselamatan Perodua Axia Tidak Terjejas – Perodua

Perodua dalam satu kenyataan pada Ahad memberi pencerahan akan situasi melibatkan model Perodua Axia yang terpalit dengan kontroversi ujian keselamatan membabitkan empat model keluaran Daihatsu. 

Menurut kenyataan tersebut, Perodua telah menghubungi pihak bertanggungjawab termasuki agensi yang terlibat ketika ujian keselamatan tersebut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia terjejas. 

“Kami telah diberi jaminan – walaupun selepas pendedahan oleh Daihatsu – pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia masih lagi kekal.

“Ini bermakna Perodua Axia selamat untuk dipandu dan tiada sebarang notis panggil semula (recall) akan dikeluarkan sekaligus penyerahan model ini kepada pelanggan kami akan terus berjalan,” jelas Perodua. 

Bagaimanapun, Perodua memohon maaf atas keraguan dan kebimbangan yang tercetus daripada insiden tersebut dan memberi jaminan bahawa setiap aspek keselamatan model ditawarkan sudah pun disahkan pihak berwajib. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]