Modenas telah mengemas kini dua model kapcai popular, Kriss 110 dan Kriss 110 DB (cakera brek) bagi tahun 2023.
Menurut Modenas dalam satu kenyataan, kedua-dua model ini kini datang dengan rekaan lampu depan baharu di samping port pengecas USB. Selain itu, kedua-dua varian ini juga datang dengan pilihan warna yang lebih segar.
Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan pada bahagian enjin yang masih lagi dikuasakan platform EEV satu silinder 108cc, 4-stroke dan SOHC yang berupaya menghasilkan 6.57hp pada 8,000rpm dan 6.7Nm pada 6,000rpm.
Bagi yang berminat, Modenas Kriss 110 dijual pada harga RM3,917 manakala versi DB pula boleh dibeli dengan harga RM4,437.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]