TERKINI: Modenas Vulcan S Dirasmikan – Dari RM36,500

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya mengumumkan harga bagi model cruiser, Modens Vulcan S untuk pasaran tempatan. 

Menurut EMOS, Modenas Vulcan S itu kini boleh dimiliki dengan harga bermula RM36,500 bagi pilihan warna Metallic Flat Spark Black dan RM37,200 bagi warna Matte Sage Green. 

Untuk rekod, Modenas Vulcan S merupakan salah satu daripada motosikal Kawasaki yang djenamakan semula sebagai Modenas selepas Ninja 250 dan Z250 hasil daripada kerjasama kedua-dua pihak. Vulcan S juga merupakan model 650cc sulung yang dijenamakan dan akan diikuti oleh Ninja 650, Z650 dan Versys 650. 

Dalam pada itu, Modenas Vulcan S dikuasakan enjin parallel-twin 649cc dengan penyejukan cecair yang berupaya menjana 61hp pada 7,500rpm dan 63Nm pada 6,600rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Dicanang sebagai ‘cruiser’ mesra penunggang, Vulcan S ini dipadankan dengan tayar berukuran 18-inci depan dan 17-inci belakang. Bagi menambah keselesaan, tempat letak kaki juga boleh diubah kepada 3-posisi berbeza mengikut kesesuaian (25mm kedepan dan 25mm kebelakang). 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk lampu LED depan dan belakang, tangki 14L, tayar 120/70 depan dan 160/60 belakang, fork teleksopik depan, penyerap hentakan belakang jenis ‘horizontal back-link’ dan sistem brek ABS dwi-saluran. 

Menurut EMOS, setiap pembelian Modenas Vulcan S datang dengan waranti kilang 2 tahun atau 20,000km (mana yang sampai dahulu). 

GALERI: MODENAS VULCAN S

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]