Nak Beli Perodua Axia? Bersedia Tunggu Sehingga 8 Bulan

Susulan daripada permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia, purata tempoh menunggu bagi mendapatkan Perodua Axia kini sekitar 2.5 hingga lapan bulan. 

Perkara itu dimaklumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad yang turut memohon maaf kepada pelanggan atas tempoh menunggu lama itu. 

“Kami mohon maaf kepada para pelanggan kami dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambahbaik lagi pengeluaran dan pendaftaran kami pada bulan-bulan yang akan datang,” jelasnya. 

Bagaimanapun, bagi mengatasi senario itu, Dato Sri Zainal Abidin Ahmad beri jaminan bahawa pihaknya akan terus meningkatkan operasi dan ekosistem agar masa penghantaran diperbaiki. 

Dalam pada itu, permintaan kereta Perodua kekal kukuh apabila terdapat peningkatan dari segi penjualan dari 34,865 unit kepada 46,385 unit bagi dua bulan pertama tahun ini. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]