Honda CBR250RR SP 2023 Lancar Di Indonesia – Dengan Quickshifter, 42HP

PT Astra Honda Motor telah memperkenalkan Honda CBR250RR SP untuk pasaran Indonesia ketika di Indonesia International Motor Show 2023. 

Bagi tahun 2023, motosikal bersesaran 250cc itu telah dinaik taraf dengan beberapa ciri dan kelengkapan baharu termasuk enjin yang telah dikemas kini.

Menurut pihak PT Astra Honda Motor, nisbah mampatan (compression ratio) bagi enjin prallel-twin 249.7cc 8-valve dengan DHC itu telah naik dari 12.1:1 kepada 12.5:1 sekaligus menyaksikan peningkatan kuasa kepada 42hp pada 13,000rpm berbanding 40hp sebelum ini. Nisbah gear juga lebih pendek agar pengalaman menunggang bertukar lebih sporty dan agresif. 

Dalam pada itu versi SP ini juga dilengkapi dengan quickshifter secara standard. 

Sementara itu, CBR250RR SP juga datang dengan fork depan Showa BPF yang diselaputi warna keemasan. Fork tersebut merupakan yang sama terdapat pada CBR500R dan CBR650R.

Sistem brek pula dibarisi cakera brek tunggal di bahagian depan dan belakang dan dipadankan dengan sistem ABS dwi-saluran.  Sementara itu, ciri lain kekal sama termasuk lampu LED penuh dan sistem ‘throttle-by-wire’. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • fork depan teleskopik Showa BPF
  • tayar 110/70-17 depan
  • tayar 140/70-17 belakang
  • berat 168kg
  • tangki 14.5L

Honda CBR250RR SP ini dijual pada harga IDR79.2 juta (RM23 ribu). 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]