Enam individu telah dilaporkan maut dalam nahas jalan raya yang berlaku di Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands, hari ini.
Menurut laporan Kosmo, enam individu maut manakala sembilan lagi cedera setelah van yang dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan sewaktu dalam perjalanan turun.
Kejadian itu disahkan Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani.
“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.
“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya kepada Kosmo.