RASMI: Honda ADV160 Kini Di Malaysia – RM12,999

Seperti dijangka, Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan Hondq ADV160 2023 untuk pasaran Malaysia dengan tawaran harga RM12,999.

Bagi tahun 2022, skuter ‘adventure’ kompak itu kini dikuasakan enjin yang lebih besar, 156.9cc berbanding 149cc sebelum ini. Platform baharu itu juga menyaksikan Honda ADV 160 kini menawarkan 16hp dan 14.7Nm berbanding 14.8hp dan 13.8Nm sebelum ini.

Selain itu, naik taraf terbesar lain juga menyaksikan ADV 160 kini dilengkapi fungsi Honda Selectable Torque Control (traction control). Lebih menarik fungsi HSTC ini juga boleh dinyahaktifkan sekiranya mahu menunggang ‘off-road’.

Untuk rekod, Honda ADV160 ini juga tampil dengan panel badan berbeza berbanding model terdahulu sekaligus tampak lebih segar dan lasak.

Ketika pasaran Indonesia datang dengan dua varian, pasaran Malaysia pula datang dengan varian tertinggi sahaja iaitu lengkap dengan ABS. 

Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada ADV160 adalah port UBS, penghadang angin baharu, panel meter digital LED baharu dan ruang letak barang 30L.

Menariknya, Honda ADV160 juga menawarkan fungsi Idling Stop System yang membantu dalam penjimatan minyak yang lebih baik.

Ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • keyless (Honda Smart Key)
  • lampu belakang LED dengan Emergency Stop Signal
  • tangki 8.2L

GALERI: HONDA ADV160 2023

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]