Honda ADV160 Lancar Di Malaysia 10 Januari Ini?

Honda telah pun memperkenalkan Honda ADV160 untuk pasaran Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan terbaru Filipina, pada Oktober tahun lalu. 

Ini bermakna tinggal Malaysia sahaja yang masih ketandusan skuter urban adventure itu setakat ini.

Namun, pelancaran Vario 160 memberi bayangan bahawa model itu akan dilancarkan disini tidak lama lagi. 

Menurut perkembangan terbaru, pihak Boon Siew Honda (BSH) telah memuat naik ‘teaser’ terbaru yang menggambarkan pelancaran model baharu pada 10 Januari (esok). 

Namun begitu, teaser tersebut tidak mendedahkan sebarang klu model apakah yang akan diperkenalkan pada jam 11 pagi (esok) itu kecuali kapseyn ‘Evolusi Tunggangan’. 

Namun, melihat kepada jemputan media ke Pulau Pinang sempena pelancaran model itu esok, pastinya motosikal yang akan dilancarkan itu cukup signifikan untuk pasaran tempatan. 

Pada masa sama, dengan Vario 160 telah pun diperkenalkan, adalah relevan pelancaran seterusnya merupakan Honda ADV160. 

Untuk rekod, Honda ADV160 merupakan generasi kedua menggantikan ADV150 menerusi peningkatan kapasiti enjin. Hasilnya, ADV160 menawarkan 15.8hp dan 14.7Nm, berbanding 14.7hp dan 13.9Nm yang dihasilkan ADV150.

Apa pun nantikan pelancaran rasmi pada 10 Januari (esok) 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply