Yamaha YZF-R9 Bakal Tiba 2024

Umum sedia maklum bahawa Yamaha telah pun memfailkan tanda dagangan R9 di beberapa negara termasuk di Eropah dan Asia.

Nama R9 itu merujuk kepada sebuah jentera ‘full-fairing’ yang dikuasakan enjin CP3 tiga silinder yang sama terdapat pada MT-09.

Ketibaan R9 juga sudah dijangka tatkala Yamaha memperkenalkan YZF-R7 yang digerakan enjin parallel-twin CP2 yang sama terdapat pada MT-07.

Bagaimanapun, pemangkin utama adalah terhentinya pengeluaran model ‘road-legal’ YZF-R6 ekoran peraturan emisi ketat. 

Dalam perkembangan terbaru, majalah terbitan Jepun, Autoby mendakwa R9 akan dilancarkan pada 2024 dengan pengumuman sulung akan dibuat di EICMA 2023, hujung November ini. 

Menariknya, Autoby juga berkongsi beberapa imej ‘render’ yang memaparkan rupa R9 akan datang. 

Seperti yang dijangka, Yamaha R9 akan berkongsi kelengkapan sama dari MT-09 termasuk chasis dan swingarm. 

Imej tersebut juga memaparkan bagaimana R9 akan turut dilengkapi sistem suspensi dan brek yang sama dengan MT-09. Namun, kami menjangkakan R9 akan mendapat pakej suspensi sama seperti MT-09 SP. 

Untuk rekod, enjin CP3 pada MT-09 menghasilkan 117- pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm sekaligus cukup sesuai digunakan pada jentera ‘sportsbike’. 

Meskipun tiada pengesahan rasmi setakat ini dari Yamaha, kami jangkakan lebih banyak info menarik mengenai model R9 akan didedahkan sepanjang tahun ini. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]