Peugeot Motorcycles Rasmikan XP400 – 36.7HP, 38.1Nm

Advertisements

Pengeluar skuter, Peugeot Motorcycles bakal merancakkan lagi segmen skuter ADV dengan XP400 yang telah dilancarkan secara rasmi di Iltai, baru-baru ini.

Berdasarkan model yang ditayangkan, jelas XP400 ini mengamil inspirasi daripada Honda X-ADV. 

*XP400 Allure

Menurut Peugeot Motorcycles, XP400 ini datang dengan dua varian, Allure dan GT. Kedua-duanya datang dengan reka bentuk sama namun dibezakan dengan penggunaan rim aloi dan ‘wire-spoke’ pada varian GT. 

*XP400 GT

XP400 ini dikuasakan enjin PowerMotion silinder tunggal, 400cc dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 36.7hp pada 8,150rpm dan 38.1Nm pada 5,400rpm. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk rim 17-inci depan dan 15-inci, fork jenis ‘upside/down’ dengan jarak pergerakan 140mm, serta cakera brek berkembar depan dan cakera brek tunggal di belakang. 

Varian GT tampak lebih agresif dengan kehadiran ‘engine guard’ dan rim spoke manakala varian Allure didatangkan dengan rim aloi. Sementara itu, kedua-dua varian didatangkan dengan ABS secara standard.

Bagi melengkapkan imej moden, XP400 ini juga dilengkapi papaaran TFT 5-inci, pengecas USB dan ruang letak barang luas di bawah tempat duduk. 

Difahamkan, skuter maxi ADV ini akan dipasarkan awal tahun depan di Eropah. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.