Moto Morini X-Cape ADV-R 2023 Didedahkan Di Itali

Motosikal jenama Itali, Moto Morini dipasarkan di Malaysia menerusi pengedar rasmi, MForce Bike Holdings. 

Untuk pasaran tempatan, Moto Morini menawarkan X-Cape 650 yang merupakan sebuah motosikal ADV kelas pertengahan. 

Bagaimanapun, Moto Morini baru-baru ini telah menambah sebuah lagi varian bagi model X-Cape 650 menerusi X-Cape 650 ADV-R.

Buat masa ini, X-Cape ADV-R itu masih lagi sebuah model konsep namun tidak disangkal lagi model itu akan dibawa ke peringkat pengeluaran tidak lama lagi. 

Berbanding X-Cape 650 dan X-Cape 650 X yang kedua-duanya menawarkan kemampuan sebagai jentera ‘touring’ dengan keupayaan meredah ‘off-road’ ringan, versi ADV-R pula adalah jawapan Moto Morini sebagai sebuah motosikal ‘off-road’ sebenar.

Moto Morini X-Cape ADV-R dibina berasaskan model X-Cape 650 namun terdapat beberapa peningkatan baharu diberikan termasuk pelindung enjin, tempat duduk lebih tinggi, tayar ‘off-road’ dan ekzos SC Project. 

Antara ciri lain turut dinaik taraf termasuk rekaan panel badan baharu yang berfungsi melindungi penunggang, ‘bash plate’, dan pelindung cakera brek.

Menurut Moto Morini, model konsep itu juga menawarkan sistem navigasi Garmin.

Untuk rekod, Moto Morini X-Cape 650 dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang berupaya menghasilkan 60hp pada 8,250rpm dan 56Nm pada 7,000rpm. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]