TERKINI: Hakim Danish Juara Asia Talent Cup 2022

Pelumba muda negara, Hakim Danish merangkul kejuaraan Asia Talent Cup 2022 setelah berjaya menamatkan pusingan terakhir di Litar Mandalika pada kedudukan kedua dalam Race 2. 

Sebelum perlumbaan bermula, Hakim hanya dipisahkan enam mata dihadapan pesaing terdekat, Shinya Ezawa dari Jepun. 

Bagi memastikan kejuaraan berada dalam genggaman Hakim, pelumba negara itu hanya perlu menamatkan saingan di kedudukan lebih baik daripada Ezawa.

Itulah yang berlaku di Litar Mandalika apabila Hakim menamatkan saingan ditempat kedua sekaligus mengumpul 187 mata, 10 mata dihadapan Ezawa yang mengumpul 177 mata selepas mendapat tempat ketiga.

Pelumba berusia 15 tahun itu ternyata berpeluang besar muncul juara kali ini apabila paling banyak merekodkan kemenangan musim ini. 

Sementara itu, wakil tuan rumah Veda Ega Pratama meneruskan kecemerlangan untuk menang Race 2 selepas memenangi Race 1, pada Sabtu. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]