Nama Transalp kembali semula dalam portfolio Honda bagi tahun 2023 dengan pelancaran Honda XL750 Translap.
Motosikal segmen adventure itu bakal memberi saingan kepada Yamaha Tenere 800, KTM 890 Adventure dan beberapa model lain dalam segmennya.
Enjin
Honda XL750 Transalp ini dikuasakan enjin parallel-twin 750cc serba baharu yang dibangunkan Honda dan menawarkan 90hp dan 75Nm.
Angka kuasa itu secara tidak langsung meletakkan Translap di antara Tenere 700 (74hp) dan 890 Adventure (105hp).
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, XL750 Transalp mengguna pakai konfigurasi ‘270-degree crank’ sekaligus menawarkan aliran kuasa yang mantap pada rev rendah dan bunyi deruman yang baik pada rev tinggi.
Namun, sistem ride-by-wire telah dikemas kini bagi model ADV ini bagi memastikan prestasi yang lebih baik sewaktu tunggangan jarak jauh (touring).
Kuasa disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘slipper’ dengan cakera F.C.C Leaning Segment.
Honda mendakwa rekaan baharu bagi klac membantu menurunkan ‘drag torque’ sehingga 30 peratus sekaligus memastikan klac boleh ditarik dengan mudah di samping pertukaran gear lebih lancar.
Elektronik
Pakej elektronik pada Honda XL750 Transalp ini juga serba baharu dan merangkumi empat mod menunggangn; Sport, Standard, Rain dan Gravel serta User.
Setiap mod ini menyelaraskan tetapan enjin dan elektronik mengikut kesesuaian sementara mod User pula memberi kebebasan kepada penungagng membuat talaan sendiri.
Segala informasi pula boleh diakses daripada skrin TFT berwarna.
Antara ciri elektronik lain ditawarkan termasuk:
- Engine Power – empat tahap
- ABS – dua tahap
- Honda Selectable Torque Control (HSTC) – lima tahap
- wheelie control
Menariknya, HSTC dan ABS juga boleh dinyahaktifkan sekaligus memastikan XL750 Transalp ini sesuai untuk tunggangan lasak (off-road).
Spesifikasi
Seperti Hornet 750, Honda XL750 Transalp ini juga datang dengan kerangka serba baharu dengan reka bentuk berlian yang disambugkan kepada subframe.
Menurut Honda, meskipun memegang enjin yang lebih besar, namun kerangka pada Transalp ini 10 peratus lebih ringan berbanding Honda CB500X.
Secara keseluruhan, XL750 Transalp ini hanyalah seberat 208kg.
Kelengkapan suspensi pula hadir dengan fork depan ‘separate function’ 43mm dari Showa dengan jarak pergerakkan diletakkan pada 200mm depan dan 190mm belakang.
Sebagai jentera keupayaan off-road, Transalp ini menawarkan jarak kelegaan tanah (ground clearance) pada 210mm.
Ciri lain ditawarkan termasuk:
- kaliper brek 2-pot depan dengan cakera 310mm
- kaliper brek 1-pot belakang dengan cakera 256mm
- tayar 90/90-21” depan
- tayar 150/70-18” belakang