Yamaha XMAX Tech Max 2023 Dirasmikan Di Eropah – Skrin TFT, Rekaan Baharu

Advertisements

Skuter maxi-popular Yamaha, Yamaha XMAX telah dinaik taraf dengan reka bentuk dan teknologi baharu bagi tahun 2023.

Diperkenalkan pada 2006, Yamaha XMAX dan TMAX muncul skuter maxi paling laris di dunia dengan lebih 720,000 unit dijual dalam tempoh 16 tahun.

Bagi tahun 2023, Yamaha telah memberikan XMAX peningkatan yang diperlukan agar terus mendominasi pasaran skuter maxi global.

Tampil dengan dua varian – 125cc dan 300cc – untuk pasarna Eropah, Yamaha XMAX 2023 tampil dengan panel depan baharu yang diketengahkan dengan susunan lampu dan hidung depan berbentuk ‘X’.

Bentuk ‘X’ itu juga ditayangkan ketika lampu belakang dinyalakan.

Yamaha turut mengemas kini panel sisi agar melindungi penunggang dengan lebih baik di jalan raya manakala penghadang angin kini boleh diselaraskan. 

Difahamkan, Yamaha XMAX 2023 tampil dengan varian Standard dan Tech Max di Eropah dengan varian kedua didatangkan dengan paparan skrin TFT 4.2-inci yang menawarkan fungsi navigasi Garmin – sama seperti yang terdapat pada TMAX Tech Max.

Varian Tech Max juga datang dengan tempat duduk kulit dan tapak letak kaki aluminium. Sementara itu, fungsi hidup tanpa kunci dan traction control didatangkan secara standard bagi kedua-dua varian.

Sementara itu, Yamaha XMAX Tech Max 300 ini masih lagi dikuasakan enjin 292cc SOHC 4-lejang 4-valve dengan penyejukan cecair yang menawarkan 27.6hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm. 

Untuk pasaran Malaysia, hanya XMAX 250 dipasarkan namun dijangka naik taraf yang sama akan turut diperkenalkan disini namun masih mengekalkan enjin 250c. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.