RASMI: CFMOTO 450SR Masuk Malaysia Mac 2023 – RM29,300

Advertisements

Baru-baru ini CFMOTO Malaysia telah pun merasmikan CFMOTO 450SR untuk pasaran tempatan dengan harga RM29,300.

Bagaimanapun, model ‘sportsbike’ itu hanya akan memasuki pasaran tempatan sekitar Mac tahun depan. 

Motosikal tersebut ditayangkan kepada media tempatan sewaktu minggu MotoGP Malaysia pada Sabtu di Putrajaya.

Untuk rekod, CFMOTO 450SR dibangunkan daripada model prototaip SR-C21 yang didedahkan sebelum ini.

CFMoto 450SR merupakan jentera sportsbike bernadikan enjin parallel-twin 449cc dengan ‘270-degree crank’ yang berkeupayaan menghasilkan 50hp dan 39Nm.

Angka kuasa itu sekaligus meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Selain daripada enjin berkuasa, CFMoto 450SR juga datang dengan rekaan yang sporty dan agresif termasuk menawarkan ciri ‘winglet’ yang terdapat pada model prototaip SR-C21 sebelum ini.

CFMOTO juga mendakwa 450SR ini mampu merekodkan kelajuan maksima 200km/j.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • skrin TFT
  • lampu LED penuh
  • ABS Bosch
  • slipper clutch FSS
  • soket pengecas
  • brek Brembo (depan)

Menurut CFMOTO Malaysia, 450SR ini akan hadir dengan dua pilihan warna, Hitam/Merah dan Hitam/Perak. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.