HLYM Bakal Perkenal Lebih Banyak ‘Big Bike’ Bermula 2023, Tenere 700 Tersenarai?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamaha TMax Tech Max 2022 untuk pasaran tempatan pada Khamis. 

Menariknya, sewaktu pelancaran tersebut pihak HLYM juga memaklumkan bahawa akan lebih banyak model motosikal berkuasa tinggi Yamaha yang akan diperkenalkan selepas ini bermula pada tahun 2023.

Kenyataan itu sudah tentu membangkitkan rasa ingin tahu dikalangan media tempatan termasuk kami yang hadir. 

Untuk itu rakan media, Paultan.org berjaya mendapatkan informasi lebih mendalam mengenai kenyataan tersebut.

Difahamkan, pihak HLYM telah pun menjalankan kajian dan mendapat permintaan jentera ‘off-road’ sedang meningkat naik ketika ini lantas menjadi hala tuju syarikat itu. 

Berdasarkan maklumat itu, pastinya model dengan keupayaan ‘off-road’ tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada Tenere 700. 

Motosikal ‘adventure’ kelas pertengahan itu telah menjadi sebutan sejak beberapa tahun ini. 

Kemampuan jentera itu juga sudah pun terbukti apatah lagi berjaya mendominasi perlumbaan Rimba Raid 2022 yang berlangsung di Taman Negara, Pahang, baru-baru ini.

Persoalannya, bilakah rakyat Malaysia khususnya peminat sukan lasak akan dapat melihat Tenere 700 dipasarkan disini? Jawapan tersebut hanya boleh dijawab pihak HLYM sendiri. 

Apa pun, perkembanga ini pastinya membawa perkembangan gembira buat peminat jenama itu di Malaysia. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply