Ini 7 Motosikal Yang Kami Rasa Wajar Masuk Malaysia

Malaysia antara negara Asean yang dibanjiri motosikal dengan lebih 13 juta motosikal direkodkan setakat hujung 2021.

Jadi tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga ke-4 dunia dengan 83 peratus isi rumah memiliki motosikal selepas Thailand, Vietnam dan Indonesia menurut WorldAtlas.

Namun begitu, itu tidak bermakna Malaysia ditawarkan dengan motosikal pelbagai model sebaliknya terdapat beberapa model yang kami harap dipasarkan di sini.

Berikut lapan motosikal yang kami harap akan masuk Malaysia pada masa akan datang:

  1. Kawasaki KLR 650

Antara motosikal paling popular Kawasaki sejak diperkenalkan pada 1987, KLR650 kembali bagi tahun 2022 selepas kali terakhir dikemas kini pada 2008.

Menariknya Kawasaki mengekalkan enjin satu silinder 652cc DOHC dengan penyejukan cecair sama seperti generasi sebelumnya namun menaik taraf kepada sistem suntikan bahan api EFI menggantikan karburator.

Meskipun model ini tidaklah berkuasa seperti model Kawasaki 650 lain namun KLR 650 dikenali dengan tahap ketahanan tinggi di samping mampu meredah permukaan yang ekstrim.

  1. Kawasaki W175

Selain daripada pasaran Filipina dan Thailand, Kawasaki baru-baru ini telah melancarka W175 di pasaran India. 

Motosikal gaya retro ini pastinya akan mendapat tempat di pasaran Malaysia apatah lagi motosikal gaya klasik kini bukan sahaja diminati golongan berusia malah remaja. 

Kumpulan motosikal seperti Hikari Riders  – yang diketuai Noh Hujan – dan acara seperti Distinguished Gentleman’s Ride menjadi daya penarik kepada anak muda terlibat dengan motosikal retro.

Untuk rekod, Kawasaki W175 ini dikuasakan enjin satu silinder 177cc yang menghasilkan 13hp dan 13.2Nm. Meskipun kuasa enjin agak rendah namun motosikal ini tetap nampak bergaya. 

  1. Honda Trail 125/Hunter Cub 125

Sebuah lagi motosikal yang kami harap dapat dipasarkan di Malaysia adalah Honda Trail 125 (Eropah) atau Hunter Cub 125 bagi pasaran Jepun. 

Menariknya, model ini dikuasakan enjin sama yang terdapat pada Honda Super Cub 125 yang dipasarkan di Malaysia.

Bagaimanapun, Honda Trail 125 ini lebih menarik perhatian ekoran menawarkan gaya dan reka bentuk lasak. 

Rekaan keseluruhan Trail 125 ini diinspirasikan daripada model Trail 110 era 70an terutamanya reka bentuk ekzos yang ditempatkan di bahagian sisi penunggang. 

Honda Trail 125 ini menawarkan 9.65hp pada 7,500rpm dan 10.4Nm pada 6,250rpm dan digerakkan transmisi 4-kelajuan. Meskipun kurang sengat namun model ini pastinya sesuai digunakan sebagai motosikal harian oleh semua jenis peringkat umur.

  1. Yamaha XSR 155

Walaupun Yamaha XSR 155  ini cukup popular di Thailand, Indonesia dan Filipina namun model ini tidak dipasarkan di Malaysia sehingga kini. 

Selain XSR 155, versi 900cc juga tidak dipasarkan disini oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Seperti Kawasaki W175 dan Honda Trail 125, Yamaha XSR 155 ini juga datang dengan gaya retro dengan penggunaan lampu bulat di depan, kerangka terdedah, panel meter digital LCD bentuk bulat dan tempat duduk gaya klasik.

Menariknya, Yamaha XSR 155 ini dikuasakan enjin satu silinder 155cc SOCH dengan VVA yang sama terdapat pada Yamaha R15M. 

  1. Honda Ruckus

Secara peribadi, kami berasakan Honda Ruckus merupakan skuter kompak paling cantik pernah dihasilkan Honda dan sukar ditandingi pengeluar lain dalam kelasnya.

Manakan tidak, rekaan keseluruhan Ruckus ini tampak unik dan luar biasa.

Walaupun hanya bernadikan enjin satu silinder 49cc dengan penyejukan cecair namun dengan reka bentuk terdedah dan ;ampu bulat berkembar menjadkan Ruckus sebuah skuter yang sangat menarik perhatian. 

Menariknya, Ruckus dilengkapi dengan tangki sebesar 4.9L dan sesuai digunakan sebagai motosikal harian. 

Skuter ini sangat popular di Amerika Syarikat terutamanya bagi budaya kustom di negara itu. 

  1. Yamaha Tenere 700

Sudah bertahun kami harapkan Yamaha Tenere 700 dibawa masuk ke Malaysia namun sehingga kini masih tiada jawapan dari HLYM.

Tenere 700 merupakan sebuah jentera ‘adventure’ pertengahan yang terbukti menawarkan kemampuan meredah permukaan lasak. 

Baru-baru ini di Rimba Raid 2022, tiga jentera Yamaha Tenere 700 mendominasi podium bagi Class B.

Pihak penganjur juga menharapkan HLYM membawa masuk model itu ekoran sudah terbukti kemampuannya. 

Untuk rekod, Yamaha Tenere 700 digerakkan enjin parallel-twin 689cc DOHC yang menawrakan 72.4hp pada 9,000rpm dan 68Nm pada 68Nm. 

  1. Honda Super Cub 110

Ketika ini, Boon Siew Honda (BSH) hanya menawarkan Honda Super Cub 125 untuk pasaran negara.

Walaupun model gaya klasik itu menarik perhatian namun tidak dinafikan harga yang ditawarkan sekitar RM13,999 adalah agak tinggi bagi model sebegitu.

Namun, lain kisahnya jika BSH memasarkan Honda Super Cub 110 yang ketika ini dipasarkan di Jepun dan beberapa negara jiran. 

Menampilkan ciri klasik seperti varian 125, Super Cub 110 dipasarkan di Jepun pada harga hanya JPY280,500 (RM8.9k) berbanding JPY440,000 (RM14k) bagi sebuah Super Cub 125. 

Ini bermakna, sekiranya dipasarkan di Malaysia permintaan Super Cub 110 pastinya lebih tinggi. 

Untuk rekod, Honda Super Cub 110 dikuasakan enjin 109cc 4-stroke, SOHC dengan PGM-FI yang berupaya menghasilkan 7.8hp pada 7,500rpm dan  8.5Nm pada 5,500rpm.

Meskipun kurang berkuasa namun gaya yang ditampilkan cukup menarik perhatian di samping berpeluang untuk dikustom dengan pelbagai cara oleh pengguna. 

Di antara semua model yang disebut di atas kami menharapkan Yamaha Tenere 700, XSR 155 dan Honda Super Cub 110 antara model yang harus dipertimbangkan untuk pasaran tempatan kerana pastinya terdapat permintaan yang tinggi mengikut demografik masing-masing. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply