Honda HR-V RS e:HEV : Bagi Yang Sokong Minum Tanpa ‘Straw’ Dan Gemar Bertukar iPhone

Minum air tanpa ‘straw’ atau penyedut minuman adalah antara daripada inisiatif manusia dalam menjaga alam sekitar yang ketika ini berdepan masalah longgokan plastik. 

Selain daripada kempen tolak ‘straw’, syarikat besar dunia lain juga mengorak langkah sama dalam lapangan masing-masing.

Tidak terkecuali dari usaha itu adalah pengeluar kereta Jepun, Honda yang mula memperkenalkan beberapa model ‘hijau’ agar lebih selamat untuk alam sekitar.

Sebagai contoh, Honda HR-V RS e:HEV terbaru tawaran Honda Malaysia merupakan antara model yang mesra alam sekitar.

Ini kerana varian ‘flagship’ dalam keluarga HR-V 2022 itu dikuasakan enjin hibrid sekaligus menawarkan tahap kecekapan minyak yang lebih baik di samping menghasilkan tahap emisi karbon yang lebih rendah.

Untuk rekod, Honda memaklumkan bahawa HR-V RS e:HEV menghasilkan hanya 122g karbon bagi setiap kilometer  dan hanya memerlukan 5.4L/100km. 

Menariknya, motor elektrik akan mengambil alih bergantung pada situasi pemanduan sekaligus menyumbang kepada tahap kecekapan minyak yang lebih efisien. 

Pastinya bagi yang menyokong usaha ‘hijau’ dunia ketika ini, Honda HR-V RS e:HEV wajib ada dalam senarai kereta untuk dibeli. 

Bagi yang skeptikal, kami sendiri jadi saksi selepas terlibat dalam acara Media Drive Honda HR-V dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, baru-baru ini. 

Sebagai seorang yang lebih meminati enjin petrol sepenuhnya, kami berasakan Honda HR-V RS e:HEV ini adalah platform terbaik untuk merasai secebis daripada masa depan yang akan tiba tidak lama lagi. 

Bercakap tentang masa depan, HR-V RS e:HEV ini juga datang dengan pelbagai ciri berteknologi tinggi. 

Jadi bagi anda yang gemar ikuti perkembangan teknologi masa kini, suka tukar peranti iPhone setiap tahun maka HR-V RS e:HEV bolej jadi pelengkap harian anda.

Pertamanya, varian RS ini dilengkapi dengan ciri keselamatan berkelas dunia terutamanya Honda Sensing. Namun, ciri kami paling suka adalah Honda LaneWatch yang berfungsi dengan kamera di cermin sisi menyiarkan rakaman sebelah kiri bagi memastikan tiada kenderaan lain sebelum menukar lorong. 

Tak cukup dengan itu, fungsi Adaptive Cruise Control membolehkan pemanduan beroperasi secara autonomi tanpa perlu menekan minyak. Menariknya, kenderaan akan perlahan secara sendiri jika mengesan kenderaan lain di hadapan.

Fungsi Low Speed Follow pula membantu sewaktu dalam trafik sesak yang mana kereta akan mengikut kelajuan kenderaan depan tanpa pemandu perlu menekan brek dan pedal minyak berulang kali. 

Namun, terdapat satu ciri yang cukup unik ada varian RS iaitu ‘power tailgate’ dengan fungsi ‘walkaway close’. 

Selain pemandu boleh membuka ‘boot’ belakang dengan hanya menggunakan kaki dan menutup secara elektronik dengan menekan butang, fungsi ‘Walkaway Close’ adalah yang paling ‘fancy’. 

Ini kerana dengan hanya menekan satu butang khas, ‘boot’ belakang akan menutup dengan sendirinya apabila mengesan pemandu telah berjalan jauh daripada bahagian belakang kereta. 

Ciri ini sangat memudahkan terutamanya jika tangan kiri dan kanan sudah sesak dengan barangan dapur yang dipesan orang rumah. 

Walaupun ciri ini sebenarnya bukan satu keperluan pada sebuah kereta SUV kompak seperti HR-V baharu ini namun pujian harus diberikan kepada Honda kerana memikirkan ciri yang menawarkan satu kemudahan ekstra pada pemilik.

Mengambil kira semua faktor diatas, kami ternyata kagum dengan ciri ‘hijau’ dan berteknologi tinggi yang ada pada Honda HR-V RS e:HEV ini. 

Jadi jika anda mahu melengkapkan diri dengan sesuatu yang premium dan berteknologi tinggi seperti iPhone 14 di samping mesra untuk alam sekitar seperti kempen tolak ’straw’ minuman, maka Honda HR-V RS e:HEV ini wajib ada dalam senarai. 

Untuk rekod, Honda Malaysia menawarkan HR-V RS e:HEV ini pada harga RM140,800

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply