MotoGP: Bastianini Pancung Bagnaia Di Lap Terakhir, Quartararo Kemalangan

Enea Bastianini merekodkan kemenangan ketiga musim ini selepas berjaya mengatasi Francesco Bagnaia di lap terakhir GP Aragon.

Bagaimanapun, perlumbaan dipalit pelbagai insiden kemalangan apabila Fabio Quartararo terpaksa bersara awal ekoran terlibat pelanggaran dengan Marc Marquez yang kembali beraksi selepas 112 hari.

Marquez bermula baik sebaik perlumbaan dilepaskan dan berjaya naik tujuh kedudukan daripada tempat ke-13. 

Bagaimanapun, dia dilanggar  Quartararo dari belakang ketika di Turn 3 lalu menyebabkan sebahagian daripada fairing M1 tersangkut pada celah jentera Marquez. Quatararo juga gagal meneruskan perlumbaan ekoran daripada kemalangan tersebut. 

Hasilnya, ketika Marquez memasuki selekoh dan mengaktifkan ‘holeshot’, tayar belakangnya terkunci ekoran ‘fairing’ Quartararo lalu menyebabkan pelanggaran dengan pelumba LCR Honda, Takaaki Nakagami. 

Dihadapan, Bagnaia selepas mendahuluo perlumbaan namun ketika di lap terakhir, Bastianini berjaya mendapat kelajuan lebih baik dan memintas Bagnaia untuk merekodkan kemenangan ketiganya musim ini.

Meskipun berada di tempat kedua namun Bagnaia mampu menarik nafas lega tatkala Quartararo gagal mengutip sebarang mata. Namun, dengan Bastianini disahkan sebagai rakan sepasukan baharu Bagnaia musim depan, perkembangan di kem Ducati pastinya menarik. 

Sementara itu, Aleix Espargaro terus mengekalkan kedudukan selaku pesaing kejuaraan dengan melengkapkan podium di tempat ketiga setelah berjaya memintas Brad Binder.

Ekoran daripada keputusan perlumbaan di GP Aragon, kedudukan Quartararo selaku pendahulu  dengan 211 mata kini tergugat apabila hanya dipisahkan 10 mata daripada Bagnaia manakala Espargaro ketiga dengan 194 mata. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]