MotoGP: GP Jepun Berdepan Pembatalan Ekoran Taufan Nanmadol

Advertisements

Pusingan 16 MotoGP yang dijadualkan berlangsung di Jepun berkemungkinan besar akan dibatalkan ekoran amaran cuaca buruk.

Litar Motegi dijadualkan menerima kunjungan Kejuaraan Dunia MotoGP pada 23 hingga 25 September ini.

Namun, penganjuran acara itu berdepan ketidaktentuan ekoran ketibaan Taufan Nanmadol.

Menurut laporan di Jepun, taufan Nanmadol dijangka akan menimpa daerah Kyushu dengan lebih empat juta penduduk telah pun dipindahkan setakat ini.

Meskipun taufan tersebut dijangka melanda bahagian paling selatan Jepun dan jauh dari Litar Motegi namun ramalan kaji cuaca mendedahkan taufan tersebut masih akan melalui bandar Tokyo.

Bukan itu sahaja, sektor logistik di Jepun juga turut terkesan dengan kerajaan negara itu telah pun menghentikan perkhidmatan ‘bullet train’ (shinkasen).

Penerbangan juga dijangka akan tergendala sebaik taufan Nanmadol melanda.

Dorna dan IRTA juga sedia maklum mengenai perkara ini dan sebarang perubahan jadual akan dibuat sebelum pasukan MotoGP berlepas.

Advertisements