Honda Dedah Enjin 755cc Serba Baharu – 92HP, 75Nm

Menurut laporan sebelum ini, Honda akan memperkenalkan empat model serba baharu bermula dengan Honda Hornet 750.

Enjin tersebut bukanlah platform parallel-twin 745cc yang ketika ini menggerakkan X-ADV 750, Forza 750 dan NC750X tetapi merupakan enjin 755cc serba baharu.

Enjin baharu itu akan diperkenalkan pada Honda Hornet yang akan dilancarkan tahun ini.

*Enjin parallel-twin 755cc serba baharu dari Honda.

Apa yang menarik tentang nadi terbaru dari Honda ini? Pertamanya, enjin parallel-twin 755cc dengan 8-valve Unicam ini menawarkan 92hp pada 9,500rpm dan 75Nm pada 7,250rpm. 

Menariknya, Honda juga mula mengorak langkah seperti pengeluar lain dengan menerapkan sistem crankshaft 270-darjah. 

Maka tidak hairanlah mengapa enjin parallel-twin 755cc ini menawarkan kuasa berlipat ganda dari parallel-twin 745cc sedia ada yang menghasilkan 58hp dan 69Nm. 

Meskipun hanyalah perbezaan 10cc namun jelas membuktikan enjin serba baharu ini bertujuan untuk menghasilkan motosikal yang lebih berkuasa.

*Timbalan Pengarah Projek Utama Honda, Fuyuki Hosokawa

Timbalan Pengarah Projek Utama Honda, Fuyuki Hosokawa dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa enjin terbaru itu dibangunkan kerana mahu menyuntik sesuatu yang istimewa pada model Hornet yang sememangnya istimewa pada jenama itu. 

“Bagi mencapai prestasi dan kendalian yang ringan, kami tahu kami perlu menghasilkan enjin dengan stroke pendek dengan crankshaft 270-darjah. 

“Enjin ini bukan sahaja menghasilakn kuasa yang tinggi malah tork rendah yang ‘sporty’, sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar dan di lebuh raya,” jelasnya.

*Honda XL750 Transalp dikesan jalani ujian baru-baru ini.

Seperti laporan sebelum ini, Honda dijangka akan mendedahkan Hornet selewatnya di pameran ECIMA 2022 di Milan pada November ini. Sementara itu, Honda juga dijangka menyuntik enjin sama kepada tiga model baharu lain termasuk Transalp 750, Hawk 75 dan CBR750RR. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]