Ducati Bakal Perkenal Monster Versi SP Tahun Ini

Pengeluar motosikal Itali, Ducati bakal memperkenalkan tujuh model baharu tahun ini sempena Ducati World Premiere 2023 yang akan berlangsung secara atas talian bermula September.

Ducati telah pun mendedahkan tajuk bagi ketujuh-tujuh episod itu sebelum ini namun berdasarkan tajuk yang diberi, kami berdepan kesukaran untuk meneka apakah model yang akan diperkenalkan.

Namun, terima kasih kepada permohonan tanda nama yang difailkan Ducati di Australia baru-baru ini, sedikit sebanyak memberi gambaran model apakah yang akan dipertontonkan.

Laporan oleh Motorcycle.com mendedahkan bahawa Ducati akan memperkenalkan beberapa varian bagi model Monster.

Berdasarkan info dikongsikan, terdapat tiga varian Monster yang akan diperkenalkan, Monster (standard), Monster + dan terbaru, Monster SP.

Berdasarkan model SP yang diperkenalkan Ducati sebelum ini antaranya Panigale V4 SP dan Streetfighter V4 SP, Monster SP dijangka akan menawarkan penggunaan komponen yang ringan (lightweight) seperti gentian karbon.

Pada masa sama, sistem brek pada Monster SP juga dijangka dinaik taraf kepada Brembo Stylema.

Bagaimanapun, Ducati Monster SP itu akan terus menggunakan enjin V-Twin 937cc yang menghasilkan 111hp pada 9,250rpm dan 93Nm pada 6,500rpm. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]