“Naikkan Had Umur Minimum Lesen Motosikal Kepada 21 Tahun”

Demikian gesaan dikemukakan perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan yang mahu kerajaan menaikkan had umur minimum lesen motosikal dari 16 ke 21 tahun.

Jelas Rosli Azad, usia 16 tahun terlalu muda untuk dibenarkan menunggang motosikal dan menggesa agar polisi itu dibatalkan.

Sebaliknya, dia mencadangkan agar kerajaan menambah jumlah bas sekolah untuk pelajar.

“Cadangan ini lebih selamat untuk pelajar skeolah,” katanya.

Kenyataan tersebut merupakan reaksinya terhadap statistik terbaru dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang mendedahkan seramai 25,958 kematian babitkan motosikal direkodkan antara 2014 hingga 2020.

Pada masa sama, Rosli berkata sistem pendidikan di Malaysia juga tidak cuba menekankan kesedaran keselamatan jalan raya kepada pelajar.

“Kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika menunggang mengikut peraturan, tidak memecut laju dan berlumba sesama sendiri,” tambahnya.

Selain itu, Rosli juga berharap penekanan diberikan terhadap pemakaian menunggang yang betul antaranya seluar, jaket dan but. – FMT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]