Yoshimura Lancar Kit Grafik Troy Lee Designs Untuk Honda Grom

Syarikat cat kustom terkemuka Amerika Syarikat, Troy Lee Designs (TLD) baru-baru ini ada menghasilkan grafik khas bagi jentera Yamaha YZF-R7.

Jentera R7 itu merupakan projek dibangunkan pengeluar ekzos, Yoshimura untuk beraksi di MotoAmerica sewaktu pusingan di Laguna Seca.

Tertarik dengan rekaan yang dihasilkan, Yoshimura meminta TLD untuk menghasilkan kit grafik tersebut untuk model lebih kecil, Honda MSX125 (Grom).

Ternyata permintaan itu membuahkan hasil kerana TLD berjaya mengolah kit grafik tersebut bagi dipadankan pada Honda MSX125.

Difahamkan, kit grafik oleh Yoshimura x TLD itu mengandungi 19 pelekat berasingan untuk dipasang pada MSX125. Kit grafik itu juga dihasilkan sepenuhnya di Amerika Syarikat dan menggunakan bahan berkualiti tinggi.

Menurut info dikongsikan, kit tersebut sudah dibuka untuk tempahan dengan pengedaran akan berlangsung pertengahan Ogos nanti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]