Arwah Memang Minat Dengan Motosikal, Boleh Bina Dari Rangka – Ibu Mangsa

Negara telah digemparkan dengan berita kemalangan maut membabitkan tiga penunggang motosikal di Pulau Pinang.

Mangsa yang terkorban ialah Muhammad Eizreel Muhammad Roszadi, 25, Mohd Shazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.

Ketiga-tiga mangsa maut dalam kejadian kemalangna yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu sekitar jam 4.40 pagi tadi.

Rakaman kejadian kemalangan maut itu turut dirakam orang awam dan dikongsikan di media sosial.

Ibu kepada salah seorang mangsa, Shahiril Rohaiza, 46, memberitahu bahawa anaknya, Muhammad Eizreel, mempunyai minat mendalam terhadap motosikal.

“Arwah anak sulung daripada dua beradik memang minat dengan motosikal, daripada rangka, dia boleh bina jadi sebuah motosikal. Tetapi dia anak yang baik, bertanggungjawab dan ambil berat mengenai keluarga.

“Saya ada nasihat dia jangan bawa motosikal laju. Saya juga kenal kawan-kawannya. Mereka anak yang baik serta hormat orang tua,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada Mohd Shazwan Hakim, mendedahkan terkilan dengan pemergian seorang lagi anaknya selepas adik mangsa (anak ketiganya) berusia 20 tahun, turut terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kedah, Mac lalu.

Difahamkan, mangsa turut mempunyai saudara kembar, Mohd Shazwan Hafiz yang turut terbabit dalam kemalangan dan sedang menjalani rawatan di hospital. – HMetro

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply