Lebuhraya KL-Karak Ditutup 30 Minit Bermula Dari 11 Malam Ini

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akan ditutup selama 30 minit bermula malam ini bagi memberi ruang kepada projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).

Perkara itu disampaikan Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi yang memaklumkan penutupan selama setengah jam itu bertujuan beri laluan jentera berat.

“Laluan di kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari Kilometer (KM) 55.35 hingga KM55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Sehubungan itu, ANIH Berhad ingin menasihati pengguna untuk merancang perjalanan dan jika perlu mempercepatkan atau menangguhkan perjalanan mereka,” jelasnya.

Selepas 11.30 malam, hanya laluan lorong kiri akan dibuka di kedua-dua arah kepada pengguna sebelum laluan dibuka sepenuhnya sekitar jam 5 pagi esok. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply