Pasangan Suami Isteri Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Pasangan suami isteri disahkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 pagi itu menyaksikan mangsa, Ezuddin Mohammad, 50 dan isteri, Surayah Muhamat, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal, Ya’akob Mohamd, 57, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau sebelum dirempuh pemandu kereta berusia 24 tahun dari arah Merlimau yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan. – FMT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]