Suzuki Gixxer SF250 Dan Gixxer 250 Jangka Masuk Malaysia 2023

Baru-baru ini kami berpeluang menunggang uji tiga buah model 150cc terbaru daripada Suzuki Malaysia, membabitkan Raider R150 Fi, GSX-R150 dan GSX-S150.

Video reviu bagi ketiga-tiga model tersebut boleh ditonton dibawah:

Bagaimanapun, rakan media di Paultan.org berjaya mengorek info menarik daripada pihak Suzuki sendiri apabila melaporkan terdapat dua model baharu yang akan tiba di pasaran Malaysia pada tahun 2023.

Menurut laporan tersebut, model yang akan menembusi pasaran tempatan itu adalah Gixxer 250 dan Gixxer SF250.

Suzuki Gixxer 250

Makluman terkini mengenai kedua-dua model itu sudah pun dijangka kerana Suzuki Malaysia sendiri pernah mendedahkan di akaun Facebook pada Oktober 20202 bahawa model Gixxer akan diperkenalkan untuk pasaran negara.

Apa pun, perkembangan terbaru ini seakan mengesahkan bahawa Gixxer 250 dan SF250 akan masuk Malaysia tahun depan.

Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF250 dikuasakan enjin satu silinder 249cc SOCH dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,000rpm dan 22.6Nm pada 7,500rpm.

Suzuki Gixxer SF250

Ciri yang membezakan antara kedua-dua model ini adalah rekaan fairing penuh bagi Gixxer SF250 dan ciri ‘naked’ bagi Gixxer 250.

Setakat ini, Suzuki Malaysia telah pun menawarkan SV650, V-Strom 650 XT, GSX-S750, Katana 1000, Hayabusa, V-Strom 1050XT, GSX-S1000 serta tiga model 150cc. – Paultan.org

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply