JPJ Jangka 2 Juta Kenderaan Keluar Dari Lembah Klang Balik Kampung

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan lenih dua juta kenderaan akan keluar dari Lembah Klang untuk balik kampung sempenah perayaan Aidilfitri kali ini.

Perkara itu disampaikan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hassan yang memaklumkan bahawa jumlah kenderaan yang bergerak keluar telah pun bermula sejak Khamis dengan angka itu akan meningkat secara berperingkat hingga hari raya pertama pada 3 Mei ini.

“Dua juta kenderaan akan berada di atas jalan raya menuju ke utara, tengah, timur dan selatan negara.

“Sehubungan itu, JPJ mengadakan Operasi Sempena Musim Perayaan Aidilfitri (Op HRA) 2022 secara bersepadu dengan pelbagai agensi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zailani memberi jaminan operasi dijalankan adalah bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan di samping memastikan insiden kemalangan dapat dielakan.

“Paling membimbangkan adalah kadar kemalangan dan kematian di wilayah utara yang meningkat 11 peratus iaitu 142 kemalangan dengan 14 kematian berbanding 128 kemalangan dan lima kematian pada 2019, kebanyakannya kenderaan berat.

“Statistik berkenaan adalah jumlah kemalangan dan kematian yang berlaku bukan pada musim perayaan, justeru kita bimbang jumlah kemalangan akan meningkat pada musim perayaan Aidilfitri kali ini,” tambahnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.