JPJ Melaka Laksana SJR Di 12 Lokasi Berbeza Sempena Aidilfitri

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melancar Op Poket dengan mengadakan 12 sekatan jalan raya (SJR) di lokasi berbeza setiap hari sepanjang Aidilfitri.

Menurut Pengarah JPJ Melaka, Mohamad Firdaus Shariff, pelaksanaan SJR itu akan dipertingkat hingga 75 peratus berbanding 25 peratus yang dijalankan sebelum ini.

Bagi memastikan penguatkuasaan berjalan dengan efisien, seramai 200 anggota akan turun ke lapangan bagi tugas pemantauan dan pelaksanaan Op Poket dari 29 April hingga 8 Mei ini.

“Bagi tujuan itu, kita juga akan melaksanakan Op Poket yang dilakukan di laluan-laluan dalam, di mana pasukan pemeriksaan secara mobile ini akan bergerak ke 12 lokasi setiap hari,” jelas Firdaus.

Sementara itu, Firdaus menjelaskan penguatkuasaan kali ini akan memfokuskan sembilan kesalahan utama termasuk lima kesalahan yang hanya boleh diselesaikan di mahkamah. – Utusan

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply