GASGAS Mulakan Era Baharu Dengan ES 700 Dan SM 700 – 692cc, 74HP

GASGAS memulakan era baharu dalam arena motosikal ‘street legal’ dengan melancarkan ES 700 dan SM 700 untuk pasaran dunia.

ES 700

Syarikat pakar motosikal ‘off-road’ itu menggunakan pengalaman luas dalam arena motosikal Supermoto, Endro dan Trail untuk melangkah ke alam baharu hasil bantuan syarikat induk, Pierer Mobility (KTM).

Hasilnya, model ES 700 dan SM 700 merupakan motosikal yang dibangunkan daripada platform KTM 690 SMC R yang sebelum ini turut diguna pakai bagi pembangunan model Husqvarna 701 Supermoto dan 701 Enduro.

SM 700

Bagaimanapun, ES 700 dan SM 700 dibezakan dengan penggunaan warna serba merah dan ‘livery’ GASGAS.

Selain itu, GASGAS turut melengkapkan kedua-dua model dengan ciri elektronik premium yang meningkatkan respon ‘throttle’ yang turut dibantu denagn transmisi (quickshift) 6-kelajuan.

ES 700

Menawarkan 74hp, kedua-dua model ini juga didatangkan dengan tangki 13.5L.

Sementara itu, SM 700 – yang dibina untuk kegunaan di jalan raya – dilengkapi fork depan WP 48mm dengan penyerap hentakan belakang boleh laras.

Dalam perkembangan sama, terdapat khabar angin bahawa GASGAS akan turut membangunkan model 390/890 sama seperti yang ditawarkan KTM ketika ini.

Hal ini antara sebahagian daripada usaha Pierer Mobility dalam mengetengahkan jenama GASGAS yang sebelum ini hanya terhad dalam penghasilan motosikal ‘factory’ sahaja.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]