KPN Risau Suzuki Raider R150 Fi Cecah 177km/j Atas Mesin Dyno, Cadang Haramkan Kapcai ‘Power’

Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani menzahirkan rasa bimbang terhadap motosikal kapcai berprestasi tinggi di Malaysia.

Acryl Sani menyifatkan kapcai berprestasi tinggi itulah antara punca peningkatan kemalangan jalan raya.

Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan sebelum ini yang mendedahkan Suzuki Raider R150 Fi mampu cecah 177km/j di atas mesin dyno.

“Kenderaan (kapcai) seperti ini wajib diharamkan di Malaysia (kerana) tidak ada relevensi kelajuan 177 km/j di jalan raya sedangkan had laju maksimum adalah 110 km/j (di lebuh raya),” tegasnya.

Baginya, motosikal jenis kapcai adalah antara penyumbang kemalangan maut.

“Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit,” tambahnya.

Susulan itu, KPN mencadangkan agar kapcai berprestasi tinggi diharamkan daripada dijual di pasaran tempatan.

Pada masa sama, Acryl Sani juga mengharapkan
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjadi bahan pendesak dalam merangka polisi motosikal selamat pada masa akan datang. – FMT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply