London Tuan Rumah Kejuaraan Skuter Elektrik Pertama Dunia

Kejuaraan elektrik skuter pertama dunia telah pun disahkan akan berlangsung di Timur London pada bulan Mei ini.

London Docklands bakal menjadi medan pertembungan sulung antara pelumba e-skuter dunia yang akan berlumba dengan kelajuan lebih 100km/j dengan jentera masing-masing.

Sementara itu, pihak penganjur yang turut dibarisi juara Formula E dan Le Mans, Lucas Di Grassi serta Alex Wurz menjanjikan perlumbaan penuh sengit .

“Kami bermula seperti kertas kanvas yang kosong. Kami sedang mewujudkan sukan baharu dan seakan mengolah semula sukan perlumbaan.

“Perlumbaan ini akan berjalan penuh sengit dan menyaksikan pelumba wanita dan lelaku bersaing antara satu sama lain,” jelas pengasas bersama, Hrag Sarkissian.

Difahamkan, pelumba terlebih dahulu perlu melayakkan diri menerusi pusingan saringan dengan setiap pusingan babitkan enam pelumba.

Pemenang akan kemudiannya berganjak ke 12 pusingan lagi sebelum menentukan siapakah yang akan layak ke peringkat akhir.

Antara nama besar yang akan sertai perlumbaan sulung itu adalah atlet olimpik (speed skater) Elise Christie, juara dunia BMX Tre White dan pemenang pingat Gansa acara ‘snowboard’ Billy Morgan.

Kesemua peserta akan beraksi menggunakan skuter elektrik S1x yang dibangunkan dengan kerjasama Williams Advanced Engineering.

Skuter elektrik tersebut dikuasakan dua motor 6kW dengan bantuan bateri 1.33kWH. – MotorsportMagazine

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]