Yamaha XMax 300 SP 2022 Mendarat Di Thailand – Dengan Suspensi Ohlins

Yamaha telah memperkenalkan varian SP bagi XMax 300 untuk pasaran Thailand yang menyaksikan skuter maxi itu mendapat beberapa naik taraf premium bagi tahun 2022.

Antara kemas kini terbaru adalah penggunaan sistem suspensi belakang dari Ohlins serta tempat duduk eksklusif Yamaha Tech Max.

Yamaha XMax 300 SP itu juga didatangkan dengan paparan digital LCD yang menyamai TMax 560 2021.

Ciri lain yang membezakan TMax 300 SP ini juga termasuk penggunaan lencana khas SP yang terpapar di bahagian sisi panel depan.

Menariknya gabungan warna kelabu dengan rim berwarna merah juga mewujudkan rupa yang lebih agresif manakala suspensi berkembar belakang dari Ohlins keemasan juga cukup menonjol.

Bagaimanapun, versi SP ini masih lagi mengekalkan spesifikasi sama yang kekal bernadikan enjin satu silinder 292cc SOCH dengan penyejukan cecair yang menjana 27.63hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm.

Sementara itu di pasaran Malaysia, XMax hadir menerusi enjin 250cc.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]