CFMoto 1250 TR-G Bakal Tembusi Eropah – 140HP, 120Nm

Pengeluar motosikal China, CFMoto pada awalnya memperkenalkan 1250 TR-G sebagai jentera penguatkuasa polis di China sebelum dijual untuk orang awam tahun lalu.

Bagaimanapun, motosikal grand tourer terbabit dikhabarkan akan tembusi pasaran Eropah seperti yang dilaporkan Motorrad.

Ini sekaligus menyaksikan CFMoto 1250 TR-G akan memberi saingan terhadap jenama motosikal Eropah antaranya BMW R 1250 RT, Kawasaki GTR 1400 serta Yamaha FJR1300.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, CFMoto 1250 TR-G telah dibangunkan dengan enjin V-Twin 1279cc dari KTM yang menjana 140hp dan 120Nm. K

Kuasa kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Selain bernadikan enjin KTM, 1250 TR-G itu turut menawarkan ‘throttle’ elektronik, ‘multi-plate slipper clutch’ dan empat mod tunggangan yang merangkumi Sport, Street, Rain dan Athletic.

Kerjasama dengan KTM itu juga menyaksikan 1250 TR-G menggunakan kerangka trellis, suspensi Marzocchi – 130mm depan dan 128mm belakang – serta ‘swingarm’ aluminium.

Berikut antara info lain ditawarkan CFMoto 1250 TR-G:

  • tangki 23L
  • berat 304kg
  • cakera brek berkembar 320mm depan
  • cakera brek tunggal 270mm belakang
  • kaliper brek Brembo
  • ABS
  • cornering ABS

Bercakap tentang harga, CFMoto 1250 TR-G ini dijual di China pada CNY99,980 (RM66k).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]