Colove Excelle 400RR Dalam Pembangunan- Enjin 4 Silinder, 73HP

Syarikat motosikal China semakin mendapat tempat di benua Asia, Eropah dan Amerika menerusi Benelli, CFMoto dan Zontes.

Bagaimanapun, sebuah lagi pengeluar China, Colove bakal mencuri tumpuan apabila sedang membangunkan jentera serba baharu, Excelle 400RR.

Menurut syarikat itu, Excelle 400RR akan tampil dengan lampu LED berkembar, panel full-fairing, ekzos ‘underbelly’, serta ‘single-sided swingarm’ seperti Ducati Panigale.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah bahagian enjin kerana mengikut Colove, Excelle 400RR akan bernadikan platform 4-slinder 400cc DOHC dengan penyejukan cecair.

Bukan itu sahaja, Colove mendakwa enjin tersebut mampu menghasilkan 73hp pada 13,500rpm dan 44Nm pada 12,000rpm.

Colove juga memaklumkan Excelle 400RR mampu merekodkan kelajuan maksima 220km/j.

Sistem brek pula hadir dengan cakera brek berkembar dengan bantuan ABS manakala suspensi pula dikendalikan fork teleskopik.

Menurut laporan, Colove akan memperkenalkan Excelle 400RR hujung tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]