Harga Triumph Tiger 1200 GT Dan Rally Explorer Didedahkan – Dari RM115,900

Selepas mengumumkan harga bagi Tiger Sport 660, Triumph Motorcycles Malaysia turut menawarkan harga menarik bagi Tiger 1200 2022 untuk pasaran tempatan.

Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, dua varian Tiger 1200 ditawarkan di Malaysia menerusi Tiger 1200 GT Pro dan Rally Explorer dan dijual pada harga RM115,900 dan RM130,000.

Di tengah-tengah pembangunan Tiger 1200 terletaknya enjin dengan ‘crank T-Plane’ baharu yang sebelum ini diperkenalkan pada varian Tiger 900.

‘Crank T-Plane’ membolehkan enjin menghasilkan ‘rev’ yang lebih efisien dan bertenaga ketika rpm rendah dan tinggi.

Enjin 1160cc itu kini menghasilkan 147hp pada 9,000rpm dan 130Nm pada 7,000rpm – naik 8.5hp dan 8Nm berbanding generasi sebelumnya.

Bagi tahun 2022, Tiger 1200 kini tampil dengan varian Rally Explorer yang tampil dengan tangki 30L serta menawarkan ciri elektronik tambahan termasuk sistem ‘blind spot detection’.

Tiger 1200 GT Pro dilengkapi suspensi Showa separa-aktif elektronik di samping tayar 19-inci depan dan 18-inci belakang manakala Rally dan Rally Pro didatangkan bersama tayar 21″ depan dan 18″ belakang dengan rim jenis ‘wire-spoke’ (lidi) tubeless.

Menariknya, Triumph Motorcycles Malaysia turut memperkenalkan promo khas ‘early bird’  yang menyaksikan pelanggan yang membuat pembelian Tiger 1200 terbaru akan turut menerima ‘panniers’ aluminium.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply