Boon Siew Honda memperkenalkan CB500X dan CBR500R untuk pasaran Malaysia yang kini telah dinaik taraf bagi tahun 2022.
Cukup popular sejak diperkenalkan pada 2013, kedua-dua model ini tampil dengan beberapa kemas kini penting.
Bagi tahun 2022, CB500X dan CBR500R kini dipertingkat dengan Showa Separate Function Fork Big Piston (SSF-BP) 41mm jenis USD menggantikan fork teleskopik 41mm sebelum ini.
Sistem brek juga dipertingkat dengan cakera brek 296mm berkembar dengan kaliper axial Nissin dua-pot pada CB500X dan radial pada CBR500.
Sementara itu, CB500X didatangkan dengan rim depan jenis ‘cast-aluminium’ 19-inci yang lebih ringan serta rim 17-inci di belakang. CBR500R pula dilengkapi rim 5-bilah berbentuk Y berbanding 6-bilah sebelum ini.
Kedua-duanya masih lagi mengekalkan enjin parallel-twin 471cc 8-vavle yang menawarkan 50hp pada 8,500rpm dan 45Nm pada 6,500rpm.
Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac assist/slipper.
Pada masa sama, kedua-dua model masih lagi mengekalkan paparan skrin digital LCD.
Menurutu BSH, CB500X tampil dengan pilihan warna GP red, Mat Gun Powder Black Metallic dan Pearl Organic Green sementara CBR500R hanya datang dengan GP Red.
Kedua-dua model ini ditawarkan pada harga berikut:
- CB500X 2022 – RM36,099
- CBR500R 2022 – RM34,499