DWP 2022: Ducati Panigale V4 SP2 Dan V4 R 2022 Bakal Dilancarkan?

Advertisements

Ducati bakal meneruskan Ducati World Premier (DWP) 2022 dengan tiga model baharu bagi melengkapkan barisan model tahun ini.

Selepas memperkenalkan enam model 2022 menerusi tujuh episod secara ‘web series’  di DWP 2022 hujung tahun lalu, jenama motosikal Itali itu bakal memperkenalkan tiga model baharu tahun ini.

Bagaimanapun, berbanding enam episod pertama yang disertakan dengan tajuk tersendiri, Ducati enggan mendedahkan sebarang info bagi tiga model baharu itu.

Sebaliknya, hanya mengkelaskan ketiga-tiga model sebagai episod tujuh, lapan dan sembilan.

*Ducati Streetfighter V2

Ketiga-tiga model itu bakal sertai Ducati Multistrada V2, Ducati Scrambler Urban Motard, Scrambler 1100 Tribute PRO, Multistrada V4 Pikes Peak, Streetfighter V2, Streetfighter V4 Sp, Panigale V4 dan DesertX yang diperkenalkan tahun lalu.

*Ducati Multistrada V4 Pikes Peak

Seperti kebiasaan, orang ramai boleh menyaksikan kesemua episod DWP 2022 menerusi laman web dan media sosial rasmi Ducati secara langsung pada tarikh berikut:

  • 17 Februari – episod 7
  • 3 Mac – episod 8
  • 10 Mac – episod 9

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan apakah tiga model yang akan diperkenalkan namun selepas melakukan beberapa siasatan di portal antarabangsa lain, difahamkan dua daripada model itu membabitkan Panigale V4 SP2 dan V4 R.

Advertisements