Harga Honda City Hatchback RS e:HEV Diumumkan – RM107,783

Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga bagi City Hatchback varian RS e:HEV untuk pasaran Malaysia.

Selepas pelancaran rasmi pada Disember tahun lalu, Honda Malaysia telah terima lebih 5,200 tempahan dan susulan daripada penerimaan baik itu, harga rasmi bagi varian RS akhirnya diumumkan, RM107,783.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Madoka Chujo, Honda City Hatchback varian RS itu akan menetapkan petanda aras baharu dalam pasaran tempatan.

“Kami yakin Honda City Hatchback RS e:HEV ini menawarkan standard baharu dengan pakej penggayaan RS, enjin e:HEV, Honda SENSING dan Honda CONNECT.

“Ciri yang ada akan menjadi daya penarik utama kepada pelanggan terutamanya golongan muda,” jelasnya.

Honda City Hatchback RS e:HEV ini dikuasakan enjin 1.5L Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang dipadankan bersama kotak gear jenis e-CVT dan mampu menjana 109PS dan 253Nm tork setaraf dengan kenderaan segmen-D dengan enjin NA.

Varian RS ini juga tampil dengan Honda SENSING yang merupakan ciri keselamatan terbaik dari Honda dan merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Menurut Honda Malaysia, Honda City Hatchback RS e:HEV ini didatangkan dengan tiga warna pilihan; Ignite Red Metallic, Meteroid Gray Metallic dan Platinum White Pearl.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply