Polis Jalankan Siasatan Insiden Pemandu Tayang Gari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera susulan insiden sebuah kereta yang didakwa memandu secara melulu dalam satu kejadian di Jalan Tun Razak, pada Ahad.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wani, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

“Polis mengesan satu video kejadian perselisihan faham antara dua pemandu kereta yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.

“Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” jelasnya.

Pada masa sama, Noor Dellhan mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Berdasarkan rakaman video berdurasi tiga minit yang tular di media sosial tersebut, pemandu Proton Persona bukan sahaja memandu secara tidak berhemah malah turut bertindak menayang gari.

Buat masa ini belum diketahui apakah identiti pemandu Persona terbabit dan motif disebalik tindakan menunjuk gari tersebut. – SH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply