MotoGP: Suzuki Ecstar Lancar GSX-RR 2022 Pada 4 Februari Ini Di Sepang

Suzuki Ecstar bakal merasmikan pasukan MotoGP bagi saingan musim 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 Februari ini.

Pelancaran tersebut dijadualkan akan berlaku pada jam 5 petang di SIC di mana dua pelumba tonggak, Joan Mir dan Alex Rins akan mendedahkan jentera Suzuki GSX-RR 2022.

Menariknya, pelancaran pasukan Suzuki bagi musim 2022 itu juga akan diadakan pada tarikh sama dengan pasukan factory Yamaha.

Musim 2022 bakal jadi tahun getir buat Suzuki kerana selepas Mir muncul juara dunia pada 2020, pasukan itu bukan sahaja gagal mengulangi kejayaan namun tidak mampu menempatkan diri dikalangan pesaing utama kejuaraan.

Meskipun jentera GSX-RR mempamerkan prestasi konsisten dan tidak berdepan masalah teknikal namun aspek kuasa masih ketinggalan jika dibandingkan dengan YZR-M1 dan Ducati GP21 musim lalu.

Selain pelancaran pasukan dan livery baharu jentera GSX-RR itu, sesi ujian rasmi pada 5 hingga 6 Februari ini juga bakal menentukan tahap kemampuan jentera Suzuki menjelang musim 2022.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]