Generasi ketiga Isuzu D-Max bingkas menarik minat pengguna di Malaysia sejak dilancarkan April tahun lalu.
Gabungan rekaan moden dan keselesaan terbaik telah mengangkat tahap trak pikap generasi terbaru dari Isuzu itu.
Model ‘flagship’ Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L paling menonjol yang turut sekaligus meningkatkan daya tarikan jenama trak pikap Isuzu di Malaysia.
Meskipun model D-Max turut terkesan dengan masalah kekurangan semi-konduktor yang melanda dunia ketika ini namun Isuzu Malaysia berjaya serahkan 713 unit model X-Terrain kepada pengguna.
Bagaimanapun, model 1.9L 4×4 terus kekal sebagai model paling popular dengan 842 unit telah pun berjaya dijual dengan pengguna di Lembah Klang dan Kota Kinabalu muncul sebagai pelanggan dengan permintaan tertinggi setakat ini.
Varian X-Terrain juga muncul sebagai trak pikap paling berjaya apabila menggondol lima anugerah ‘Trak Pikap Terbaik’ tahun lalu .
Ekoran permintaan tinggi memasuki 2022, Isuzu Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang tangguhan penyerahan kenderaan agar pelanggan tidak berasa kecewa dengan tempoh masa menunggu ketika ini.