Yamaha E01 Jalani Ujian Jalan Raya Di Jepun, Hampiri Pelancaran

Baru-baru ini telah pun dilaporkan bahawa Yamaha mengesahkan bakal melancarkan skuter elektrik E01 dan E02 tahun ini.

Menguatkan lagi pendedahan itu, Yamaha telah pun mengadakan sesi ujian E01 bersama media di Jepun.

Sesi ujian bersama media itu merupakan inisiatif Yamaha dalam mendapatkan maklum balas dari kalangan petugas media mengenai skuter elektrik tersebut.

Meskipun jentera yang diuji itu sepenuhnya dilindungi dengan pelekat ‘camouflage’ namun berdasarkan gambar yang dimuat naik, beberapa ciri skuter E01 itu telah didedahkan.

Antaranya, Yamaha E01 ini turut dilengkapi lampu depan LED yang diinspirasikan daripada model YZF-R1 dan Tracer 9 GT.

Sementara itu, ruang panel depan pula menempatkan skrin paparan digital LCD yang dijangka akan dimuatkan dengan fungsi Y-Connect.

Sementara itu, Yamaha E01 ini juga didatangkan dengan cakera brek depan dan belakang, penyerap hentakan berkembar belakang, tayar 13-inci, ABS, mod menunggangn dan sistem tanpa kunci (keyless).

Menurut Yamaha, skuter elektrik E01 dan E02 akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]