Boon Siew Honda Namakan Mitsuharu Funase Sebagai CEO Baharu

Boon Siew Honda mengumumkan Mitsuharu Funase sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat itu.

Funase menggantikan Yoshitaka Nakamura yang telah pun dilantik sebagai CEO baharu bagi Honda Motorcycle Kenya Limited.

Menurut kenyatana dikeluarkan pihak BSH hari ini, Funase sebelum ini menggalas jawatan selaku Pengarah Strategi Produk, Divisyen Perancangan Perniagaan Operasi Motosikal di ibu pejabat Honda Motor Co. Ltd di Jepun.

Funase juga dilihat sebagai calon tepat mengisi tempat ditinggalkan Nakamura atas pengalaman luasnya dalam perniagaan motosikal di ASEAN menerusi rangka kerja di Thailand dan Indonesia sebelum ini.

Dalam ucapan sulungnya, Funase sempat mengucapkan tahniah kepada BSH atas kejayaan menangani kemelut pandemik Covid-19 sebelum ini.

“2021 sememangnya tahun mencabar tetapi Boon Siew Honda masih berjaya mencapai angka pegeluaran dan jualan membanggakan,” jelasnya.

Meskipun terkesan dengan Covid-19 sebelum ini, namun BSH sudah pun kembali beroperasi sepenuhnya dengan melancarkan beberapa model baharu termasuk motosikal kapcai, Honda RS-X baharu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply